Setelah lama saya tidak menyentuh pena, kali ini saya kembali untuk menyambung nota. Insyaallah, baru - baru ini saya telah didatangkan ilham untuk kembali bercerita. Sudah terlalu lama rasanya saya tinggalkan alam tulisan maya ini & ilham saya kali ini tercetus melalui satu perdebatan mengenai ketokohan individu di bawah.
"SADDAM HUSSEIN"
Kalau nama ini saya sebutkan pada anda, apakah persepsi pertama yang datang di dalam minda anda?
Saya sangat pasti bahawa anda akan terus "mengecop" beliau sabagai seorang yang - Jahanam, Celaka, Pengganas, Sadistik, Kejam, Orang Jahat, Diktator, Pembunuh, Orang Gila, & macam - macam lagi.
Walaupun begitu, yang menyedihkan bukanlah hakikat bahawa semua ini "kononnya" benar, tetapi hakikat bahawa semua label di atas diberi oleh orang Islam sendiri kepada Saddam Hussein.
Sesungguhnya saya sendiri pun tidaklah begitu mengikuti perkembangan yang terjadi di Timur Tengah tetapi sebagai seorang yang tidak hidup mengikut arus, saya sangat terkesan apabila saya mendengar Saddam Hussein dilabel mentah - mentah oleh mulut - mulut yang buta matanya dengan propaganda Barat(Amerika Syarikat). Memanglah hakikat bahawa kita percaya apa yang kita ingin percaya, tetapi mempercayai sesuatu pernyataan secara membabi buta bukankah meletakkan akal kita di bawah paras hina. Sedangkan binatang pun boleh menunjukkan ekspresi keraguan seandainya ia merasa dirinya sedang dimanipulasi atau didorong ke arah sesuatu yang tidak baik. Inikan pula kita manusia? Saya tidak memaksa anda untuk mempercayai apa yang saya percaya tetapi saya mahu anda memikirkannya dari sudut pandang yang berbeza. Sekurang - kurangnya anda tahu cerita semua pihak yang terlibat.
Sudut Pandang 1 (Rekaan Barat)
- Saddam Hussein adalah penjenayah perang kerana telah terlibat dalam Perang Iran - Iraq.
- Saddam Hussein adalah pemberontak kerana mengambil alih pemerintahan Iraq secara paksa dengan menggulingkan pemrintah sebelumnya.
- Saddam Hussein adalah ahli radikalis yang berkomplot menjatuhkan pemerintahan sebelumnya.
- Saddam Hussein adalah seorang pemerintah yang zalim kerana membunuh rakyatnya sendiri.
- Saddam Hussein adalah seorang yang bersifat perkauman kerana beliau mendiskriminasi kaum Kurdish yang menetap di Iraq.
- Saddam Hussein dikecam kerana "kezaliman" beliau melaksanakan hukum Hudud & Qisas mengikut ajaran al -Quran.
Sudut Pandang 2 (Realitinya)
- Amerika Syarikat menuntut hak royalti minyak Iraq sekiranya Iraq memenangi Perang Iraq - Iran dengan bantuan Amerika.
- Saddam Hussein dihukum buang negara ke Syria kerana menyuarakan hak - hak rakyat melalui parti bapa saudara beliau.
- Saddam Hussein memecahkan penindasan hak ke atas rakyat Iraq dengan mengambil alih tampuk pemerintahan.
- Saddam Hussein hanya menghukum kelompok pengkhianat negara dengan hukuman bunuh berlandaskan hak seorang pemimpin negara.
- Kaum Kurdish adalah kaum yang telah hilang tanahnya ditenggelami laut dan berniat menjadikan Iraq negara mereka(Kurdishtan).
- Saddam Hussein adalah pemimpin yang adil & berkredibiliti kerana memerintah berlandaskan hukum - hukum Islam.
Sekarang anda pertimbangkan.. Saddam Hussein hanya menuntut hak rakyat ditunaikan. Tidak lebih dari itu, seterusnya beliau cenderung menghukum mati para pengkhianat tetapi adakah layak kita mempersoalkan cara pengkhianat negara dihukum? Sedangkan di China, kesalahan khianat itu sahaja boleh menyebabkan seseorang itu ditembak mati di khalayak ramai. Saddam hanya menjalankan tugas. Mengenai bangsa Kurdish pula, apa patutkah seorang pemimpin berpeluk tubuh membiarkan sahaja bangsa asing bermaharajalela di dalam Tanah Iraq? Saddam hanya mempertahankan tanah airnya. Akhir sekali, beliau dikecam kerana berpegang teguh pada hukum Syarak malah oleh orang Islam sendiri. Sesungguhnya, Saddam lebih mulia dari itu, matinya bukan kerana salahnya, tetapi kerana khianat orang Iraq sendiri dan yang paling menyayat hati, beliau mati sambil memeluk al - Quran dalam dakapan.
Mungkin saya tidak berkuasa merubah persepsi anda, namun pada perspsi saya, lelaki yang mati tergantung itu bukan seorang penjenayah atau pun pembunuh yang dahagakan darah. Beliau adalah seorang pemimpin yang telus, pemimpin yang adil... ... seorang Khalifah...
akibat kejahilan umat Islam sendiri, beliau gugur dalam kehinaan di mata dunia... dan begitulah, dengan hiba dalam hina gugurnya seorang khalifah.